
Sinopsis:
Persediaan menyambut ulangtahun hari lahir Jamal bertukar menjadi tragedi dan buat pertama kali isterinya, Mardhiah meninggikan suara kepada Jamal sehingga akhirnya mencetuskan pergaduhan besar sehingga Jamal melafazkan cerai ‘talak tiga’ kepada Mardhiah.Tindakan Jamal itu turut dikesali oleh Bob, kawan baik dan rakan niaga Jamal. Jamal pula sebaik sahaja bercerai mula ‘gila talak’. Dia sering mencari Mardhiah dan minta rujuk kembali. Mardhiah cakap dengan Jamal mereka tidak boleh lagi hidup bersama kerana Jamal sudah menceraikannya dengan ‘talak tiga’. Jamal menjadi separuh sasau dan siang malam menghubungi Mardhiah. Harun, seorang anak nelayan kecil yang hidup serba sederhana bersama ibunya Molek. Dalam pertemuan itu juga, Harun memberitahu dia sedang mencari kerja sambilan untuk dilakukan sepanjang bulan November dan Disember kerana sepanjang dua bulan itu dia tidak boleh turun ke laut kerana musim tengkujuh. Dia juga memerlukan duit untuk membiayai pembedahan mata ibunya yang dijangka akan dibuat pada bulan Januari. Harun bersetuju dengan upah RM5,000.Kehidupan Mardhiah mulanya kelam kabut dek perangai Harun dan sifat Harun yang agak betul bentul. Mardhiah juga terpaksa hidup dikampung kekurangan. Jamal makin gelisah dan seperti cacing kepanasan apabila Harun masih belum ceraikan Mardhiah. Dia segera pergi mencari Harun.
Download Link:
part 1-http://www.mediafire.com
part 2-http://www.mediafire.com
or
part 1-http://jumbofiles.com
part 2-http://jumbofiles.com
Single link




No comments:
Post a Comment